Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Memilih Cakera Padat Pembelajaran Bahasa
Melayu
Langkah
–langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut :
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Contoh Aplikasi
CD-ROM ini memberi kemudahan kepada
pelajar dan guru dalam mengenali sajak khususnya pada sajak “Khatulistiwa”
BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan
optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang
menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di
dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang
halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read)
lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0,
kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk
kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat
pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada
permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili
dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa -
bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak
terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku
apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan
terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini
disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6
kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6
ribu mm panjang.]
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari
segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD
kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama
lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa.
CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh
menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. Sepertimana
cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat
menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya
ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca
sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya
sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk
sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula
membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama.
Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW
seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan
dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing
antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format DVD
|
Ciri-ciri
|
DVD-R
|
DVD-recordable, untuk sekali rakam;
digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
|
DVD+R
|
Sama seperti DVD-R, tetapi
mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
|
DVD-RAM
|
DVD-random access memory, boleh
membaca dan menulis data secararawak.
|
DVD-RW
|
DVD-rewritable, sama seperti
DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.
|
DVD+RW
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi
mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
|
DVD-R/W
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu
untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
|
DVD+R/W
|
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu
untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)
|
Cakera Optik
Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau
audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik. Cakera optik mampu menyimpan data
yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait). Kesemua
jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.
Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya
laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet
(cakera keras, cakera liut).
Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera
padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read
many). dan cakera optik Bboleh padam. Setiap jenis cakera optik tersebut
memerlukan pemacunya sendiri. CD-ROM adalah kategori cakera padat bersaiz 120mm
dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB) hingga ke beberapa Gigabait), CD
foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera optik yang tergolong dalam jenis
CD-ROM. Cakera optik jenis WORM pula membenarkan pengguna merakam maklumat
pada, tetapi hanya sekali rakam sahaja. Setelah itu, cakera optik WORK
bertindak seperti CD-ROM. Rakaman ke cakera optik WORM memerlukan pemacu cakera
WORM yang lebih dikenali dengan nama perakam cakera pada (CD-writer). Cakera
padat boleh rakam (CD-R) adalah contoh cakera optik WORM.
Cakera optik boleh padam berfungsi
sebagaimana cakera keras atau liut. Hanya, dengan teknologi yang ada pada hari
ini, tempoh rakaman dan capaian pada cakera keras optik boleh padam adalah
lebih lama berbanding cakera keras. Cakera optik jenis ini menggunakan
teknologi laser bersama-sama dengan teknologi magnet untuk merakam dan
menghapus data. Cakera ini selalunya digunakan sebagai sandaran (backup) kepada
cakera keras, kerana ia lebih stabil dan tidak berlaku crash. Contoh cakera
optik jenis ini adalah cakera optik magneto (magneto optical Disk) dan cakera
padat boleh baca/tulis (CD-RW).
Semasa proses merakam (tulis) data pada
cakera optik, pancaran laser berkuasa tinggi digunakan. Suhu daripada cahaya
tersebut meleburkan permukaan cakera optik dan menghasilkan lubang-lubang dalam
susunan yang khas dipermukaannya. Semasa proses mencapai (baca) data pula,
pancaran cahaya laser berkuasa rendah dikenakan pula pada permukaannya,
bahagian yang berlubang tidak membalikkan pancaran akan diterima sebagai nilai
0. Bahagian yang membalikkan cahaya pula akan diterima sebagai nilai 1.
Ciri-ciri Perisian Kursus Multimedia
Dalam Pendidikan
·
Penggunaan perisian
bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang terlalu
asing di Malaysia.
·
Namun begitu
pembangunan perisian pendidikan bermutu di negara ini masih lagi berada di
tahap yang rendah berbanding dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya
serta permintaan terhadap perisian itu sendiri yang semakin meningkat. Bagi
meningkatkan mutu perisian pendidikan beberapa ciri perlu diterapkan dalam
pembangunan perisian seperti :
a) Memenuhi Keperluan Pengguna
·
Sebelum sesuatu
perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna.
Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan.
·
Dalam bidang
pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif.
Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej.
b) Interaktif
·
Perisian multimedia
mestilah berorientasikan interaktif. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam
situasi dua hala.
·
Ia perlu mempunyai
unsur simulasi interaktif dengan penggunaan pelbagai media penyampaian agar
pelajar dapat berfikir secara kritis dalam mencari maklumat.
c) Sumber maklumat atau data
·
Perisian multimedia
perlu mengandungi sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak pelajar.
Pelajar boleh meneroka perisian-perisian secara interaktif untuk mencari
maklumat yang diperlukan.
·
Contoh yang paling
sesuai untuk menggambarkan perisian multimedia ialah perisian ensaiklopedia.
d) Menghibur dan berinformasi
Tahap ingatan manusia adalah sangat rendah
jika interaksi berlaku sehala sama ada hanya mendengar atau melihat tetapi daya
ingatan akan bertambah jika adanya interaksi dua hala. Oleh itu sesuatu
perisian multimedia yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam
bentuk yang menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain dari itu
perisian multimedia juga hendaklah mencabar minda pelajar agar maklumat yang
hendak disampaikan tidak terlalu mudah dan membosankan.
e) Melibatkan Penggunaan Pelbagai Deria
Pengguna
·
Setiap perisian yang
hendak dibangunkan hendaklah menggabungkan beberapa perkara seperti audio,
visual, animasi dan grafik agar penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan
melibatkan pelbagai deria pengguna.
Penyampaian maklumat melalui teks adalah kurang berkesan
jika dibandingkan dengan teks dan grafik