Wednesday 12 February 2014

Isu-isu Semasa Tentang Penggunaan Komputer



Isu-isu Semasa Penggunaan ICT Dalam P&P Pendidikan Islam.

Menurut kajian Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu utama yang dikenal pasti dalam proses Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, iaitu: mengenai strategi, kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P, prospek para pelajar sekolah agama, pencapaian silang mata pelajaran, dan kemahiran generik.
Kajian Ab. Halim (2000) berkaitan dengan pengajaran akhlak dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap 27 orang pelajar, didapati
lapan orang pelajar menyatakan bahwa mereka menghadapi masalah dalam pengajaran yang diberikan. kajian yang dilakukan oleh Azizan (2001) tentang penggunaan komputer dan internet dalam kalangan guru pendidikan Islam, didapati bahawa tahap penggunaan perisian pendidikan dan cakera padat dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Masalah kekurangan kemudahan komputer masih berlaku pada kajian ini
Kajian yang dilakukan dalam pengajaran pendididkan Syariah Islamiyah oleh Hatifah (2000) menyatakan 44% (22) daripada guru tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pentabir, 56% (28) tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada kakikatangan sumber dalam rangka perancangan pengajaran, selain itu 80% guru menyatakan tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pegawai pendidikan daerah. Dalam pembinaan alat bantu pengajaran (ABP) pula, 76% guru tidak pernah menyediakan ABP sendiri, manakala 54% guru menyatakan pihak sekolah turut menyediakan ABP pendidikan Islam untuk mereka.
Hatifah juga mendapati bahawa guru sangat kurang menggunakan alat pandang dengar seperti komputer (72%) dan televesien (54%) alat video (52%) radio (50%) dan menggunakan kaset (46%). Sebaliknya mereka kerap menggunakan buku teks (82%) dan mereka sangat kerap menggunakan papan hitam. Secara umum penggunaan alat audio dan pandang dengar adalah sangat rendah.
Hasil kajian Hj Said Draman (2001) pula meninjau persepsi guru pendidikan Islam terhadap tahap penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru pendidikan Islam dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer. Responden terdiri daripada 120 orang guru dari 14 buah sekolah di daerah hulu Langat. Analisis kajian mendapati bahawa pengetahuan dan pemahaman guru pendidikan Islam mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer adalah pada aras yang rendah dan perlu kepada cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Abdul Manan (1999) kajian terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan Islam di sekolah menengah menyatakan hanya separuh dari sekolah yang dikaji mempunyai kemudahan peralatan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Berikutan itu, ia mempengaruhi dapatan kajian terhadap penggunaan komputer di kalangan guru. Hasil dapatan kajian mendapati, guru-guru kurang berminat menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutama guru-guru perempuan. Selain itu, pengetahuan guru terhadap computer juga turut berkurang.
Sebagai kesimpulan dari hasil kajian yang dilakukan oleh peyelidik di atas, maka penulis mendapati bahawa didapati penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam masih pada tahap yang rendah disebabkan :

ü  Kurang pakar dalam bidang ICT
ü  Kurangnya ketersediaan Alat Bantu Mengajar (ABP) samada disediakan sendiri atau pihak pentabdir sekolah.

ü  Kurangnya perhatian dari pihak KPM dari pelbagai hal, pelatihan, persediaan alat, dan lainnya.


Saturday 8 February 2014

INTERAKSI 8: Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian


1. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
2. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan
    menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.


Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.

ü  Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet. 
ü  Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
ü  Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.
ü  Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. 
ü  Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut :

Ø  Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
Ø  Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
Ø  Minta murid melayari laman web yang disediakan
Ø  Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
Ø  Guru membuat kesimpulan.







Friday 7 February 2014

INTERAKSI 7 : Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Kandungan
ü  Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat.
ü  Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan
    menggunakan tapak pembelajaran.
ü  Membina bahan.

Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih kompleks berbanding dengan komputer.

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
Ø  Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
Ø  Pengaliran maklumat dua hala
Ø  Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
Ø  Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Ø  Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
Ø  Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
Ø  Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
Ø  Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
Ø  Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.
Ø  Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. 



Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer.






Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.

Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembalajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.


Contoh-contoh tapak pembelajaran bersifat tutorial.











Thursday 6 February 2014

INTERAKSI 6 : Membina dan Mengaplikasikan Struktur dan Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Struktur hierarki
ü  Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.

ü  Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


Struktur komposit
ü  Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
ü  Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.





Struktur linear
ü  Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.




Struktur rangkaian
ü  Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
ü  Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
ü  Struktur perpautan juga banyak digunakan secara meluas di dalam laman web.
ü  Contohnya, laman sesawang Wikipedia, blog.







CONTOH PENGGUNAAN STRUKTUR PERPAUTAN DI DALAM WEB























Wednesday 5 February 2014

INTERAKSI 5 : Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (PROSEDUR)


Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.










Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.




Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.


Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,






1. REKA BENTUK PAPARAN SKRIN
ü  Haruslah yang menarik, mudah

2. GRAFIK SUSUN ATUR PAPARAN SKRIN:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten : teks dan grafik perlu pada setiap paparan.

3. FONT ATAU MUKA TAIP
ü  Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
ü  Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
ü  Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
ü  Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
Ø  Ketebalan
Ø  Italic
Ø  Bergaris
Ø  Warna dan saiz fon berlainan.
Ø  Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.

4. IKON
ü  Reka bentuk yang sesuai dengan topik
ü  Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)

5. PAUTAN HYPERTEKS
ü  Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
ü  Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan

6. FORMAT GAMBAR
ü  Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
Ø  JPEG (* .jpeg)
Ø  GIF (* .gif)
ü  Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
ü  Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

7. FORMAT FAIL GAMBAR
ü  Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

8. ANIMASI
ü  Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
ü  Animasi multimedia lebih kompleks
ü  Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
ü  Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.



Tuesday 4 February 2014

INTERAKSI 5 : Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB)


MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.

KEPENTINGAN MEMBINA LAMAN WEB
Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
ü  Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.
ii. Meningkatkan kebolehan diri
ü  Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet.
iii. Komunikasi maya
ü  Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama.
iv. Berkongsi maklumat
ü  Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna

1.   Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Melayu.
2.   Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3.   Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu.

Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

LANGKAH 1 :

·         Mendapatkan tapak atau web untuk membina laman.
·         Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.

·         Antaranya ialah:

ü  GeoCities
ü  Tripod
ü  Angelfire Communication
ü  StarText Free Personal Homepages
ü  Giant List-O-Free Homepages

·         Contoh tapak laman web :

·         Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut :





LANGKAH 2 :

·         Isikan semua butiran yang diperlukan.
·         Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah :



LANGKAH 3 :

·         Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.



LANGKAH 4 :

·         Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah.

·         Klik File Manager.



LANGKAH 5 :

·         Apabila anda klik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah.
·         Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.



LANGKAH 6 :

·         Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas.
·         Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.



LANGKAH 7 :

·         Klik pada single files (8).
·         Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat.



LANGKAH 8 :

·         Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas.
·         Klik pada butang Browse.
·         Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**.
·         Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite.
·         Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.



LANGKAH 9 :

·         Klik pada index dan klik open.
·         Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.



LANGKAH 10 :

·         Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin computer.




·         Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close.
·         Apabila mengelik Close, paparan berikut akan ditunjukkan




LANGKAH 11 :

·         Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager.
·         Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index.
·         Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm.
·         Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut.



LANGKAH 12 :

·         Sila klik Save dan kemudian klik Done.
·         Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.