Isu-isu Semasa Penggunaan ICT Dalam P&P Pendidikan Islam.
Menurut kajian Ab. Halim Tamuri
dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu
utama yang dikenal pasti dalam proses Pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam, iaitu: mengenai strategi, kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P,
prospek para pelajar sekolah agama, pencapaian silang mata pelajaran, dan
kemahiran generik.
Kajian Ab. Halim (2000) berkaitan
dengan pengajaran akhlak dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan
Negeri Sembilan. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap 27 orang
pelajar, didapati
lapan orang pelajar menyatakan
bahwa mereka menghadapi masalah dalam pengajaran yang diberikan. kajian yang
dilakukan oleh Azizan (2001) tentang penggunaan komputer dan internet dalam
kalangan guru pendidikan Islam, didapati bahawa tahap penggunaan perisian
pendidikan dan cakera padat dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap
yang sederhana. Masalah kekurangan kemudahan komputer masih berlaku pada kajian
ini
Kajian yang dilakukan dalam
pengajaran pendididkan Syariah Islamiyah oleh Hatifah (2000) menyatakan 44%
(22) daripada guru tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pentabir, 56%
(28) tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada kakikatangan sumber dalam
rangka perancangan pengajaran, selain itu 80% guru menyatakan tidak pernah
mendapatkan bimbingan daripada pegawai pendidikan daerah. Dalam pembinaan alat
bantu pengajaran (ABP) pula, 76% guru tidak pernah menyediakan ABP sendiri,
manakala 54% guru menyatakan pihak sekolah turut menyediakan ABP pendidikan
Islam untuk mereka.
Hatifah juga mendapati bahawa
guru sangat kurang menggunakan alat pandang dengar seperti komputer (72%) dan
televesien (54%) alat video (52%) radio (50%) dan menggunakan kaset (46%).
Sebaliknya mereka kerap menggunakan buku teks (82%) dan mereka sangat kerap
menggunakan papan hitam. Secara umum penggunaan alat audio dan pandang dengar
adalah sangat rendah.
Hasil kajian Hj Said Draman
(2001) pula meninjau persepsi guru pendidikan Islam terhadap tahap penggunaan
komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan
pemahaman guru-guru pendidikan Islam dalam aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran berbantukan computer. Responden terdiri daripada 120 orang guru
dari 14 buah sekolah di daerah hulu Langat. Analisis kajian mendapati bahawa
pengetahuan dan pemahaman guru pendidikan Islam mengenai aspek-aspek pengajaran
dan pembelajaran berbantukan computer adalah pada aras yang rendah dan perlu
kepada cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Abdul Manan (1999) kajian
terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan Islam di sekolah menengah
menyatakan hanya separuh dari sekolah yang dikaji mempunyai kemudahan peralatan
komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Berikutan itu, ia
mempengaruhi dapatan kajian terhadap penggunaan komputer di kalangan guru.
Hasil dapatan kajian mendapati, guru-guru kurang berminat menggunakan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutama guru-guru perempuan. Selain
itu, pengetahuan guru terhadap computer juga turut berkurang.
Sebagai kesimpulan dari hasil
kajian yang dilakukan oleh peyelidik di atas, maka penulis mendapati bahawa
didapati penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam masih pada tahap yang
rendah disebabkan :
ü Kurang pakar dalam bidang ICT
ü Kurangnya ketersediaan Alat Bantu Mengajar (ABP) samada disediakan
sendiri atau pihak pentabdir sekolah.
ü Kurangnya perhatian dari pihak KPM dari pelbagai hal, pelatihan,
persediaan alat, dan lainnya.