BAHAN
KEMAHIRAN BERBAHASA (SENI BAHASA)
ASPEK
SENI BAHASA DALAM KSSR
KONSEP
ASPEK SENI BAHASA
•Aspek
seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan
mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik
hibur.
mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik
hibur.
•Murid
juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui
penulisan dan lisan.
penulisan dan lisan.
•Seni
bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh
murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti
bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti
bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
•Pembentukan
ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan
personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga
menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga
menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
•Keindahan
bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat
membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
OBJEKTIF
ASPEK SENI BAHASA.
Objektif
Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
1.Menyebut
dan memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan gerak laku
secara didik hibur.
secara didik hibur.
2.Mengujarkan
ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui
penceritaan secara didik hibur.
penceritaan secara didik hibur.
3.Mengujarkan
dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang
sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan
secara didik hibur.
sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan
secara didik hibur.
4.Melafazkan
pantun dua karat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi
yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
PRINSIP
ASPEK SENI BAHASA
1.Pengajaran
Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
2.Pemilihan
bahan mesti sesuai dan menarik.
3.Penglibatan
murid secara aktif dan menyeluruh.
4.Guru
bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan
imaginative.
imaginative.
STANDARD
KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA.
•Standard
Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid
mengungkap keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
mengungkap keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
•Guru
perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik
hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih
berketrampilan serta menghayati seni bahasa itu.
hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih
berketrampilan serta menghayati seni bahasa itu.
•Dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus
menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk standard
kandungan dan standard pembelajaran kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk standard
kandungan dan standard pembelajaran kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
RUMUSAN.
Aspek
Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam kurikulum standard Bahasa
Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur. Aspek ini
bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran
bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melelui
pelbagai kaedah pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam
seni bahasa dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid
berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan
halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai sastera atau seni.
No comments:
Post a Comment