Kandungan
ü Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat.
ü Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi
pengajaran dengan
menggunakan tapak pembelajaran.
ü Membina bahan.
Pengenalan
Model
Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan
menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa
penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan
dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan
cara manusia bertindak.
Diketahui
bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih kompleks berbanding dengan
komputer.
Prinsip-prinsip
utama Model Pemprosesan Maklumat
Ø Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran
maklumat
Ø Pengaliran maklumat dua hala
Ø Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan,
penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
Ø Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan
menyimpan maklumat.
Ingatan
Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Ø Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja'
('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir
maklumat itu tidak diulang.
Ø Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara
mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
Ø Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance
Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20
saat.
Ingatan
Jangka Panjang ('Long Term Memory')
Ø Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan
kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
Ø Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa
segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini
jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari
pertama sekolah.
Ø Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat
kembali.
Model
pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini
adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer.
Aplikasi model pemprosesan dengan
menggunakan tapak pembelajaran.
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan
tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak
pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati
bagaimana tapak pembalajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid
menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.
Contoh-contoh
tapak pembelajaran bersifat tutorial.
No comments:
Post a Comment