BAHAN
KEMAHIRAN BERBAHASA (MENULIS)
KEMAHIRAN
MENULIS
7.1
Peringkat Perkembangan Menulis
Tulisan
dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan membaca hasil tulisan
seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang menulis, dia
juga sedang membaca apa yang ditulisnya.
Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh
perkataan-perkataan yang ditulis.
Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula,
maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia
melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati
keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi
maklumat.
7.1.1
Jenis Kemahiran Menulis
Secara
umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya
kemahiran menulis mentalis.
Kemahiran
menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas,
cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini
melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi
tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra
sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan
penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf –huruf dengan betul dan juga cara
menulis huruf yang salah.
Kemahiran
menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea,
perasaan, memberi maklumat, bercerita,
dan sebagainya. Kemahiran ini
melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang
berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya
diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya
setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui
aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan kehendak, menyatakan perasaan,
menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan
menulis puisi.
7.1.2 Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis
Kemahiran
menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak
secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa
dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi
kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga
pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak
perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti
menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan
sebagainya. Kesemua kemahiran ini diajar
secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi
keupayaan pengamatan visual melalui latihan dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai
kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan
struktur ayat mudah.
Pengajaran
kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat
(Kamarudin Hj. Husin, 1988):
i.
peringkat pra menulis
ii.
peringkat mendirikan asas
(peringkat mekanis)
iii.
peringkat untuk pelahiran (mentalis)
Peringkat Pra menulis
Kanak-kanak
sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan
menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat
membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam
benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya
lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan
betul dan kemas. Selain itu
latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya
kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk
yang dilihat.
Pada
peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih
pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata
melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh
kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer,
Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan
perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.
i. Melakukan
pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke
belakang.
belakang.
ii.
Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii. Menyambungkan
titik-titik di atas kertas.
iv. Melukis
garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah,
dan bawah ke atas.
dan bawah ke atas.
v. Melukis
bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.
vi.
Melukis garis condong.
vii.
Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan
viii.
Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan
bentuk huruf-huruf tersebut.
bentuk huruf-huruf tersebut.
No comments:
Post a Comment