BAHAN
KEMAHIRAN BERBAHASA (TATABAHASA)
KEMAHIRAN
TATABAHASA
Terdapat
pelbagai aspek dalam kemahiran tatabahasa yang akan kita pelajari. Sekarang
kita akan memahami sistem bahasa yang terdapat dalam kertas soalan SPM. Dalam
Kertas Bahasa Melayu SPM, aspek sistem bahasa akan diuji dalam soalan nombor 3.
Secara keseluruhan, soalan tatabahasa adalah seperti berikut :
Soalan
3 : Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa
Soalan
3 (a) : Membina ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan
Soalan
3 (b) : Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat, atau
menganalisis ayat
menganalisis ayat
Soalan
3 (c) : Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan
Soalan
3 (d) : Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa
Soalan
3 (e) : Peribahasa
Membina
ayat
Soalan
bahagian ini merangkumi ;
•Kata
dasar dan kata terbitan
•Kata
banyak makna
•Kata
yang hampir sama makna
•Kata
nama
•Kata
kerja
•Kata
adjektif
•Kata
ganda
•Kata
tugas
•Kata
terbitan/pasangan kata terbitan
•Pasangan
kata homograf
•Pasangan
kata dasar dan kata ganda seluruh
•Pasangan
kata ganda dan kata majmuk
•Pasangan
kata dasar dan kata ganda berimbuhan
•Pasangan
kata ganda seluruh dan kata terbitan
•Pasangan
kata dasar dan kata majmuk
•Pasangan
kata homofon
•Kata
pinjaman bahasa Melayu
•Kata
tunggal
•Kata
terbitan
•Kata
majmuk
Teknik
menjawab soalan membina ayat.
•Tatabahasa
Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama.
•Baca
dan fahami arahan soalan yang diberikan.
•Setiap
ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
•Jika
murid melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan
ditolak.
ditolak.
•Tidak
perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang tetapi ayat yang
dibina mestilah ayat yang matang, yang sesuai dengan tahap murid tingkatan 5
(memadai 8 - 12 perkataan sahaja).
dibina mestilah ayat yang matang, yang sesuai dengan tahap murid tingkatan 5
(memadai 8 - 12 perkataan sahaja).
•Ayat
yang dibina tidak dijadikan kata nama khas, kata majmuk atau peribahasa.
•Murid
haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan
binaan ayat.
binaan ayat.
•Perhatikan
contoh binaan ayat di bawah :
1.Nizam
menaikkan bendera ketika lagu negaraku
dinyanyikan. (Ayat Gramatis)
2.Nizam
menaiki bendera ketika lagu negaraku
dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)
•Dalam
ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa.
•Ayat
(2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya.
•Ayat
ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak
logik.
Menukarkan
ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat, atau menganalisis ayat
Menukarkan
ayat ;
(a)
Cakap ajuk cakap pindah /cakap pindah cakap ajuk
•Baca
petikan beberapa kali dan fahami isi-isi penting yang terkandung di
dalamnya.
dalamnya.
•Jangan
prosakan petikan.
•Jangan
gunakan bahasa basahan/pasar/dialek.
•Jangan
buat laporan.
•Tuliskan
jawapan dalam satu perenggan sahaja.
•Jangan
gunakan sinkof seperti dah, dan lain-lain.
•Patuhi
4 proses:
1.Penghilangan
- Tanda baca seperti pembuka dan penutup pengikat kata ("…."),
tanda tanya (?) atau tanda seru (!) dihilangkan.
tanda tanya (?) atau tanda seru (!) dihilangkan.
2.Penambahan
– Anda perlu memberi imbuhan pada kata yang sesuai atau
menambah kata-kata tertentu (asalkan tidak mengubah maksud asal) supaya
susunan lebih lengkap dan gramatis.
menambah kata-kata tertentu (asalkan tidak mengubah maksud asal) supaya
susunan lebih lengkap dan gramatis.
3.Penukaran
– Tukarkan kata ganti nama diri, masa dan tempat kepada bentuk
yang sesuai.
yang sesuai.
4.Penggantian
– Kata seru hendaklah diubah kepada maksudnya.
•Markah
diberi secara impression dengan penekanan pada maksud dan jalinan
ayat; jumlah dan susunan isi; kesesuaian perkataan dan teknik pemindahan
bahasa.
ayat; jumlah dan susunan isi; kesesuaian perkataan dan teknik pemindahan
bahasa.
•Kelemahan
yang sering dilakukan oleh pelajar ialah lemah dalam tatabahasa.,
menyalin bulat-bulat dialog dengan membuang tanda baca, dan isi yang tidak
cukup.
menyalin bulat-bulat dialog dengan membuang tanda baca, dan isi yang tidak
cukup.
•Bagi
aspek menukarkan dialog kepada cakap ajuk, proses penukaran adalah
sebaliknya dengan menepati piawai cakap ajuk.
sebaliknya dengan menepati piawai cakap ajuk.
(b)
Ayat susunan biasa / ayat songsang
•Ayat
susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada predikat.
•Ayat
songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur predikat
dikedepankan.
dikedepankan.
(c)
Ayat aktif / ayat pasif
•Ayat
aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal ayat.
•Penanda
bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan
meN....,meN....i,dan meN....kan.
meN....,meN....i,dan meN....kan.
•Ayat
pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat.
•Penanda
bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di....,di...i,
di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
•Bagi
ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja.
Menulis
semula ujaran yang tidak gramatis
•Kata
singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam bentuk
bahasa Melayu yang lengkap.
bahasa Melayu yang lengkap.
•Kata
asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan yang
sesuai dalam bahasa Melayu baku.
sesuai dalam bahasa Melayu baku.
•Pastikan
ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat
songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran
yang asal.
songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran
yang asal.
Menyambungkan ayat ;
1.Murid
perlu menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan.
2.Murid
perlu mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
3.Murid
perlu menguasai kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung
yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-
ayat.
yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-
ayat.
4.Menggunakan
sistem nombor (i., ii., iii., dsb.).
5.Jangan
tinggalkan isi penting.
Memisahkan
ayat / Mencerakinkan ayat;
1.Tentukan
dahulu subjek dan predikat dalam ayat.
2.Kenal
pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan
menggariskan kata hubung berkenaan.
menggariskan kata hubung berkenaan.
3.Bina
ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat
berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan.
berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan.
Menganalisis
ayat ;
•Murid
perlu menganalisis ayat-ayat yang diberi dan menentukan binaan subjek dan
predikat ayat berkenaan.
•Murid
perlu mengenal pasti empat pola ayat dalam bahasa Melayu iaitu:
1) FN + FN
2) FN + FK
3) FN + FA
4) FN + FS
•Jenis-jenis
ayat dalam bahasa Melayu:
1.Ayat
Penyata
2.Ayat
Tanya
3.Ayat
Seruan
4.Ayat
Perintah :-
•Jenis-jenis
ayat majmuk :-
1.Ayat
majmuk gabungan
2.Ayat
majmuk pancangan
3.Ayat
majmuk Campuran
Mengesan
kesalahan dalam ayat;
1.Terdapat
pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh murid dan
masyarakat dalam perbualan sehari-hari.
masyarakat dalam perbualan sehari-hari.
2.Murid
mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur ayat
yang berkenaan.
yang berkenaan.
3.Umumnya
kesalahan yang sama akan berulang.
4.Markah
yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan
kesalahan ejaan.
kesalahan ejaan.
5.Murid
perlu menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas berhubung
dengan hukum tatabahasa.
dengan hukum tatabahasa.
6.Markah
yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan
kesalahan dalam ayat.
kesalahan dalam ayat.
7.Murid
mesti menguasai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa, bahasa
istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat.
istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat.
Memberi
imbuhan;
1.Mengenal
pasti penggolongan kata dasar.
2.Mengetahui
konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang
diimbuhkan.
diimbuhkan.
3.Markah
yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan .
4.Mengenal
pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat.
Mengenal
pasti perkataan tertinggal dalam ayat.
1.Mengenal
pasti golongan perkataan.
2.Markah
yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan
perkataan yang perlu ditambah dalam ayat.
perkataan yang perlu ditambah dalam ayat.
3.Murid
perlu menguasai maksud peribahasa.(termasuk simpulan bahasa,
perbidalan, perumpamaan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.)
perbidalan, perumpamaan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.)
4.Murid
perlu mengaplikasi penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis.
5.Murid
perlu menguasai peribahasa yang ada dalam buku teks.
6.Bentuk
soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi
peribahasa iaitu:
peribahasa iaitu:
•membina
ayat berdasarkan peribahasa
•menyatakan
maksud peribahasa
•Menyatakan
peribahasa berdasarkan maksud
•Menyatakan
peribahasa berdasarkan ayat
•Menyatakan
peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
•Menyatakan
peribahasa berdasarkan petikan perbualan
•Menyatakan
peribahasa yang sama maksud
•Melengkapkan
tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
No comments:
Post a Comment